Bilakah proses penggulungan syarikat secara sukarela bermula? |
Menurut sek. 255(6) A.S. 1965, tarikh penggulungan sukarela bermula:
- Pada tarikh akuan berkanun (Borang 65A) diserahsimpan dengan Pendaftar di mana seorang pelikuidasi sementara telah dilantik sebelum resolusi penggulungan sukarela diluluskan;
- Di mana tiada pelikuidasi sementara dilantik, tarikh penggulungan bermula pada tarikh resolusi penggulungan diluluskan.
|
|

|
|
Dalam proses penggulungan secara sukarela, adalah pelikuidasi perlu dilantik dari kalangan orang yang berkelayakan? |
Menurut sek. 255(6) A.S. 1965, seorang pelikuidasi sementara mestilah seorang 'leikuidase' yang berkelayakan (an approved liquidator).
Selain dari itu, menurut sek. 10(2) A.S. 1965 sesiapa juga boleh dilantik tetapi mesti mendapat kelulusan dari ahli syarikat atau majoriti pemiutang. |
|

|
|
Apakah tugas utama pelikuidasi? |
Tugas utama pelikuidasi adalah menggulungkan syarikat dengan mengagihkan aset kepada pihak pemiutang dan baki aset, jika ada, diagihkan kepada ahli syarikat.
Kuasa pengarah syarikat dihentikan dan segala urusan diambil alih oleh pelikuidasi sebaik sahaja tarikh penggulungan syarikat bermula.
Adalah tanggungjawab pelikuidasi untuk memastikan syarikat dibubarkan dengan sempurna. |
|

|
|
Sekiranya sesebuah syarikat yang digulungkan secara sukarela telah dibubarkan, adakah Pendaftar mengeluarkan sijil pembubaran? |
Tiada peruntukan dalam Akta Syarikat yang menyatakan Pendaftar perlu mengeluarkan sijil tersebut. Menurut sek. 272(5) syarikat akan dibubarkan tiga bulan dari tarikh penyataan (B.69) diserahsimpan dengan Pendaftar. |
|

|
|
Dalam keadaan apakah sesebuah syarikat itu boleh digulungkan oleh mahkamah? |
Seksyen 218 A.S. 1965 menjelaskan keadaan di mana sesebuah syarikat boleh digulungkan oleh mahkamah. Antaranya ialah :
- Syarikat telah melalui resolusi khas memutuskan supaya digulungkan oleh mahkamah
- Apabila syarikat tidak mampu membayar hutang
- Apabila pengarah-pengarah telah bertindak dalam hal ehwal syarikat dengan kepentingan mereka sendiri lebih baik dari kepentingan ahli secara keseluruhan atau berlaku tidak adil kepada ahli-ahli lain.
- Mahkamah berpendapat bahawa ia adil dan berekuiti supaya syarikat digulungkan.
- Bilangan ahli dikurangkan kepada seorang (selain syarikat yang dimiliki sepenuhnya)
- Syarikat tidak memulakan perniagaan dalam tempoh 1 tahun dari pemerbadanannya atau menggantungkan perniagaannya untuk sepanjang tahun.
- Di mana telah dinyatakan di memorandum & artikel tempoh untuk tamat syarikat telah ditetapkan atau di mana kejadian yang ditetapkan telah berlaku.
- Syarikat yang digunakan bagi maksud yang menyalahi undang - undang atau yang memudaratkan keselamatan Negara atau kepentingan awam.
|
|

|
|
Siapakah yang boleh dilantik sebagai pelikuidasi bagi penggulungan oleh Mahkamah? |
Hanya pelikuidasi yang berkelayakan atau Pegawai Penerima yang boleh dilantik sebagai pelikuidasi. |
|

|
|
Apakah syarat-syarat yang membolehkan nama syarikat dibatalkan dari Daftar di bawah seksyen 308? |
Pendaftar akan menjalankan kuasanya bagi membatalkan syarikat sekiranya:
- Syarikat tidak beroperasi atau tidak menjalankan perniagaan
- Syarikat tidak terlibat dengan lain-lain prosiding mahkamah
- Tiada aset dan liabiliti
- Tiada penalti tertunggak dengan SSM
- Tiada hutang dengan mana-mana jabatan kerajaan
- Tiada gadaian yang belum selesai
|