1. Apakah prosedur untuk mendaftarkan sesuatu gadaian? |
Mengikut Seksyen 108(1) Akta Syarikat 1965, sesuatu gadaian hendaklah diserah simpan di Pejabat Pendaftar dalam masa 30 hari dari tarikh gadaian diwujudkan. Menurut peruntukan Seksyen 110(1) Akta Syarikat 1965, gadaian hendaklah didaftarkan dalam masa 30 hari dari tarikh sesuatu perolehan harta yang tertakluk kepada gadaian.
Borang yang perlu diserahsimpan adalah Borang 34 (pendaftaran gadaian), 35 dan 36 (pendaftaran debenture bersiri) dengan fi sebanyak RM300 setiap satu. |
|

|
|
2. Apakah kesan sekiranya Borang 34, 35 dan 36 diserahsimpan selepas masa yang ditetapkan? |
Sekiranya borang tersebut diserahsimpan melebihi tempoh yang ditetapkan, syarikat perlulah meminta pelanjutan masa (perintah mahkamah) mengikut Seksyen 114 Akta Syarikat 1965 bagi membenarkan Pendaftar mendaftarkan gadaian tersebut. Fi untuk perintah mahkamah ialah RM 50.00. Walaubagaimanapun kompaun mengikut Seksyen 109 atau 110 Akta Syarikat 1965. |
|

|
|
3. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat kesilapan dalam borang 34,35,36 yang diserah simpan oleh syarikat? |
Mengikut Seksyen 114 Akta Syarikat 1965, sebarang pembetulan terhadap maklumat pendaftaran gadaian hendaklah dibuat melalui Perintah Mahkamah. Syarikat perlu menyerahsimpan Borang 34 atau 35 atau 36 pindaan bersama Perintah Mahkamah. Fi RM50.00 akan dikenakan ke atas Perintah tersebut. |
|

|
|
4. Sekiranya syarikat ingin membatalkan gadaian yang telah didaftarkan, apakah yang perlu dilakukan? |
Untuk membatalkan sesuatu gadaian yang telah didaftarkan syarikat perlulah mendapatkan perintah mahkamah di bawah Seksyen 114 Akta Syarikat 1965 dan menyerahsimpan perintah tersebut. |
|

|
|
PELEPASAN GADAIAN
1. Apakah prosedur bagi pelepasan gadaian? |
Mengikut Seksyen 113 Akta Syarikat 1965 borang pelepasan gadaian mestilah diserah simpan dalam masa 14 hari dari tarikh gadaian tersebut dilepaskan. Borang-borang yang perlu diserah simpan ialah borang 41,42B dan 43 bagi pelepasan sepenuhnya atau pelepasan separa. Manakala untuk pelepasan harta secara sepenuhnya atau separa, Borang 42,42B dan 43 perlu diserahsimpan. Fi RM50.00 akan dikenakan. |
|

|
|
2. Apakah kesan sekiranya Borang 41 atau 42, 42B dan 43 diserahsimpan selepas masa yang ditetapkan? |
Sekiranya borang tersebut diserahsimpan melebihi masa yang ditetapkan, bayaran lewat serahsimpan akan dikenakan mengikut Perkara 26A Jadual Kedua Akta Syarikat. |
|

|
|
3. Berikut adalah beberapa kueri berkenaan Peraturan-peraturan Syarikat 1966 yang sering tidak dipatuhi oleh syarikat semasa menyerahsimpan dokumen gadaian. |
Peraturan 6(1)h, Peraturan Peraturan Syarikat 1966 - nama dan alamat firma yang menyerahsimpan dokumen hendaklah dicatitkan pada helaian terakhir dokumen berkenaan.
Peraturan 18(2) Peraturan Peraturan Syarikat 1966- nama penuh pegawai yang menandatangani dokumen hendaklah dicatitkan di bawah tandatangan yang dibuat.
Peraturan 18(3) Peraturan Peraturan Syarikat 1966 – sekiranya dokumen yang diserahsimpan ditandatangani oleh setiausaha syarikat, nombor kelayakan setiausaha hendaklah dicatitkan di bawah nama penuh setiausaha berkenaan. |