Pertanyaan berkaitan dengan arahan Pendaftar Syarikat berikutan dengan perlantikan dan pemecatan jawatan pengarah, setiausaha dan pengurus syarikat; |
|
|
a) Adakah syarikat yang baru ditubuhkan yang mempunyai pengarah/pengasas pertama juga perlu memajukan resolusi untuk perlantikan pertama pengarah dan setiausaha? |
Bagi pelantikan pengarah dan setiausaha yang dinamakan dalam Artikel syarikat tidak perlu memajukan resolusi bagi pelantikan mereka. |
|
|
b) Bolehkah hanya setiausaha yang mengesahkan salinan resolusi lembaga pengarah bagi pelantikan pengarah, setiausaha dan pengurus tanpa mendapat pengesahan seorang lagi pengarah seperti yang dicatitkan dalam Pengumuman Awam SSM Bil.3/2002? |
Resolusi perlantikan dan pemecatan pengarah, pengurus dan setiausaha mestilah diakui sah oleh seorang pengarah dan seorang setiausaha. |
|
|
c) Adakah salinan resolusi lembaga pengarah diperlukan bagi perletakan jawatan pengarah, setiausaha dan pengurus syarikat? |
Salinan resolusi lembaga pengarah tidak perlu dilampirkan bersama Borang 49 bagi perletakan jawatan pengarah, pengurus dan setiausaha syarikat. |
|
|

|
|
|
Apa yang harus dilakukan oleh seorang setiausaha syarikat apabila gagal menghubungi semua pengarah syarikat? |
Apabila seorang setiausaha syarikat tidak dapat menghubungi semua pengarah syarikat di alamat yang terakhir diketahui (“last known address”) beliau bolehlah menyerahsimpan notis melalui borang 48E sebagai tindakan akhir. Berkuatkuasa satu bulan selepas dari tarikh Borang 48E tersebut beliau tidak lagi merupakan setiausaha syarikat tersebut. |
|
|

|
|
|
Bagaimana mengemaskini Penyata Tahunan yang tidak difailkan untuk beberapa tahun ? Apakah kadar denda atau bayaran lewat serahsimpan? |
Pengarah-pengarah syarikat bertanggungjawab untuk memastikan semua penyata tersebut diserahsimpan bersama-sama akaun bagi setiap tahun kalendar seperti diperuntukkan oleh seksyen 165 dan 169 Akta Syarikat 1965.
Kadar denda mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pejabat ini dan bergantung kepada ketidak patuhan kepada peruntukan yang berkaitan didalam Akta.
Kadar bagi bayaran lewat serahsimpan pula boleh diperolehi dari Butiran 26 Jadual Kedua Akta Syarikat 1965. |
|
|

|
|
|
Notis peringatan kompaun telah dikeluarkan dan syarikat diberi tempoh 14 hari dari tarikh notis untuk menjelaskan kompaun tersebut. Sekiranya syarikat masih ingin membuat pembayaran walaupun tempoh ditetapkan telah luput, bolehkah tindakan tersebut di ambil? |
Syarikat perlu menyemak dengan Seksyen Pematuhan untuk memastikan tindakan pendakwaan belum lagi diambil terhadap syarikat sebelum pembayaran kompaun tersebut dapat dibuat. Sekiranya tindakan pendakwaan telah diambil terhadap syarikat maka kompaun tidak boleh diterima oleh SSM. |
|
|

|
|
|
Bolehkah syarikat menghantar borang 48A sebelum menghantar borang pelantikan pengarah tersebut melalui borang 49? Apa yang terjadi sekiranya borang 49 tidak di serahsimpan di SSM? |
Borang 48A boleh diserahsimpan tanpa Borang 49 tetapi perlantikan pengarah dianggap sebagai telah berlaku sekiranya Borang 49 telah diserahsimpan. |
|
|

|
|
|
Bolehkah seseorang pengarah rakyat Asing membuat Akuan Berkanun (sebelum dilantik ke jawatan tersebut) di luar negara? |
Pengarah rakyat asing boleh membuat perakuan di luar negara dengan menyatakan Akta yang berkuatkuasa di negara yang berkaitan. Perakuan tersebut perlu diperakukan. |
|
|

|
|
|
Sekiranya terdapat pertukaran nama bangunan atau jalan bagi sesuatu alamat berdaftar syarikat, perlukah dimajukan Borang 44 bagi perubahan tersebut? |
Borang 44 tidak perlu dimajukan. Syarikat perlu memaklumkan secara bertulis kepada SSM supaya pengemaskinian yang sewajarnya dapat dibuat. |
|
|

|
|
|
Saya dimaklumkan bahawa bilangan objek klausa syarikat telah dihadkan kepada tiga. Adakah perkara ini benar? |
Perkara ini terpakai bagi syarikat-syarikat yang diperbadankan pada atau selepas 12 Mei 2000 (mengikut surat arahan Pendaftar Syarikat bertarikh 12 Mei 2000). |