SSM OBTAINED CONVICTION AGAINST A BUSINESS OWNER FOR PROVIDING FALSE BUSINESS ADDRESS TO THE REGISTRAR

Thursday, 24 August 2017: Thanasilan A/L Rajandran (“the Accused”), was found guilty at the Johor Bahru Magistrate Court for a charge of furnishing false information to the Registrar, an offence under Section 12(1)(d) Registration of Businesses Act 1956. 

The Accused who was the registered owner of Booking Enterprise (JM0663368-U), had falsified the business address through Borang A which the Accused has knowledge that the address was a false address.

The investigation revealed that the address registered in Borang A is the address of a residential house and the owner had no knowledge of the Booking Enterprise business.

The case was heard before Magistrate Siti Hajar Binti Ali. The Accused pleaded guilty to the charge against him and admitted to committing the offence.

The Court sentenced the accused to a total fine of RM 4,000.00 in lieu of 5 months imprisonment. 

SSM views the offence committed as a serious offence as it affects the credibility and integrity of information kept by SSM. The conviction should be treated as a reminder to the public that prosecution action will be taken if there is an offence committed.

SSM Prosecuting Officers Faizal Mahdi Mahmud, Lidia Fyrulliza Ishak and Nur Nazhzilah Mohammad Hashim prosecuted on behalf of the Public Prosecutor. The Accused is represented by his lawyer, Jason Tan.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
DATED 24 AUGUST 2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

PEMILIK PERNIAGAAN DISABITKAN ATAS KESALAHAN MEMBERI ALAMAT PERNIAGAAN PALSU KEPADA PENDAFTAR

Khamis, 24 Ogos 2017: Thanasilan A/L Rajandran (“Tertuduh”), telah didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru kerana telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(d) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 kerana memberikan maklumat palsu kepada Pendaftar.

Tertuduh yang merupakan pemilik perniagaan berdaftar Booking Enterprise (JM0663368-U) telah memberi maklumat palsu kepada Pendaftar melalui “Borang A” bagi alamat perniagaan Booking Enterprise yang mana Tertuduh mengetahui bahawa ianya bukan alamat yang benar.

Siasatan mendapati alamat tersebut merupakan alamat sebuah rumah kediaman dan pemiliknya tidak ada pengetahuan berkenaan perniagaan Booking Enterprise.

Kes ini telah didengar di hadapan Majistret Siti Hajar Binti Ali. Tertuduh telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000.00 jika gagal bayar 5 bulan penjara. 

SSM memandang berat kesalahan yang serius ini kerana ia menjejaskan kredibiliti dan integriti maklumat yang disimpan oleh SSM. Oleh itu, sabitan ini merupakan peringatan kepada orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil sekiranya berlakunya kesalahan di bawah peruntukan undang-undang yang dikawalselia oleh SSM.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa SSM iaitu Faizal Mahdi Mahmud, Lidia Fyrulliza Ishak and Nur Nazhzilah Mohammad Hashim. Tertuduh pula diwakili oleh Peguam, Jason Tan.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
BERTARIKH: 24 OGOS 2017