SSM DAKWA PENGARAH SYARIKAT SHARIKAT YING MUI SDN BHD DI BAWAH SEKSYEN 132 (2)(b) AKTA SYARIKAT 1965

KUALA LUMPUR - Pengarah syarikat Sharikat Ying Mui Sdn Bhd iaitu Hoh Kiang Po mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah 13 Kuala Lumpur hari ini terhadap satu pertuduhan dimana telah menggunakan maklumat yang diperoleh sebagai pengarah apabila  memindahmilik kereta milik syarikat Sharikat Ying Mui Sdn Bhd jenis BMW model 740LI Limousine RHD (A) atas nama beliau sendiri tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat.

Hoh Kiang Po, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Tuan Harmi Thamri bin Mohamad@ Shaharudin.

Hoh Kiang Po didakwa melakukan kesalahan itu mengikut seksyen 132(2)(b) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda RM30,000.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa daripada SSM iaitu Mohamad Azies Han Bin Mohd Fadzil manakala Hoh Kiang Po diwakili peguam Dato’ Gobind Singh Deo dan Prakas Sampunathan.

Tuan Harmi Thamri bin Mohamad@ Shaharudin menetapkan 5 Disember 2017 untuk sebutan semula kes.

DIKELUARKAN OLEH:SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
BERTARIKH :26 OKTOBER 2017