SSM DAKWA PENGARAH SYARIKAT KERANA BUAT PERNYATAAN PALSU

Rabu, 30 Mei 2018: Mohammad Hijrah Raj (tertuduh), pengarah  syarikat Global Food Beverages Sdn Bhd  telah didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah (12) Kuala Lumpur di bawah seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) kerana telah membuat pernyataan palsu kepada SSM. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM250,0000.00 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh didakwa membuat pernyataan palsu di dalam Borang 49 bertarikh 12 Februari 2015 berhubung peletakan jawatan Leong Choo Won  sebagai pengarah syarikat Global Food Beverages Sdn Bhd. Tertuduh telah mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah (12), Tuan Wan Mohd Norisham bin Wan Yaakob. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM 6,000 dengan seorang penjamin. Kes akan disebut semula pada  27 Jun 2018. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Tengku Nor Zurairah Binti Tengku Abdul Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam.                         

 

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
Bertarikh: 30 Mei 2018