PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) SERTA MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT KORPORAT SSM

Selama, 20 April 2017 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini mengadakan program tanggungjawab social korporat di Hospital Selama dalam membantu menaik taraf sistem RO Water (reverse osmosis water system) di Unit Hemodialisis Hospital Selama. SSM juga turut menyumbang seunit mesin dialisis yang baru bagi membantu pihak hospital dalam merawat pesakit dialisis.

Turut berlangsung pada pagi tadi di Dewan Majlis Daerah Selama, Perak adalah Majlis Penyerahan Zakat Korporat SSM di mana SSM telah mengagihkan wang zakat berjumlah RM200 ribu kepada 1,000 orang golongan Asnaf yang memerlukan di sini.

SSM tidak hanya memfokuskan kepada hal-hal pentadbiran dan operasi semata-mata sebaliknya SSM turut menitikberatkan hal-hal yang berkaitan kebajikan. Pelbagai inisiatif CSR telah dilaksanakan oleh SSM untuk dinikmati oleh masyarakat di luar sana termasuk warga kerja SSM. SSM berharap dengan program tanggungjawab sosial korporat serta penyerahan wang zakat ini, ianya dapat membantu golongan yang memerlukan serta meningkatkan pendapatan ekonomi mereka.

Majlis telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH: 20 APRIL 2017