PROGRAM KAYUHAN AMAL SERTA MAJLIS PENGAGIHAN ZAKAT KORPORAT SSM, MELAKA

Melaka, 14 Mei 2017 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini mengadakan Program Kayuhan Amal serta Majlis Pengagihan Zakat Korporat SSM kepada golongan asnaf terpilih di beberapa kawasan Negeri Melaka. Kayuhan amal ini bermula di Hotel Ramada dan berakhir di tempat yang sama dengan jarak sejauh 19 kilometer.

Pada program kayuhan kali ini, SSM mengagihkan zakat korporat keseluruhannya berjumlah RM22,000 kepada 8 orang asnaf yang layak dan zakat fisabilillah kepada Madrasah Kampung Bukit Pulau, Bukit Baru, Melaka. Setiap orang asnaf menerima zakat wang tunai sebanyak RM1,000 dan barangan keperluan harian anggaran bernilai RM500 manakala Madrasah Kampung Bukit Pulau menerima zakat fisabilillah sebanyak                 RM 10,000 bagi tujuan penyelenggaraan dan baikpulih surau berkenaan. Pemilihan Asnaf ini dibuat setelah mendapat sokongan dan kelulusan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi memastikan penerima zakat benar-benar layak menerima sumbangan zakat tersebut.

Penerima-penerima zakat terbabit adalah seperti berikut:

1) Siti Nornadzirah Binti Abdullah (OKU) Kg. Morten
2) Maznah Binti Abdullah    Kg. Musai, Bkt Baru
3) Rosita Binti Abu     Kg. Bkt. Baru Dalam
4) Bedah Binti Yusof     Kg. Bkt. Baru Dalam
5) Mohamed Bin Ali & isteri   Kg. Bkt. Baru Dalam
6) Ahmad Bin Haji Mahadi    Bukit Piatu
7) Mohd Khairi Bin Bulat    Bukit Palah
8) Norani Binti Limun    Tanjung Minyak
9) Madrasah Kg. Bukit Pulau, Km.5, Kg. Bukit Pulau, Bukit Baru.                 (Zakat Fisabilillah)

Pengagihan Zakat Korporat SSM turut dijalankan di setiap negeri seluruh Malaysia di mana zakat bagi tahun 2015 yang berjumlah RM2.71juta telah diagihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan sewajarnya.

Sebagai sebuah badan korporat, SSM tidak hanya memfokuskan kepada soal pentadbiran, operasi dan kawalseliaan semata-mata sebaliknya SSM turut menitikberatkan hal-hal yang berkaitan kebajikan. Pelbagai inisiatif CSR telah dilaksanakan oleh SSM untuk dikongsi bersama masyarakat awam termasuk warga kerja SSM. Diharapkan dengan pengagihan zakat ini, sedikit sebanyak dapat membantu serta meringankan beban golongan yang memerlukan terutama dalam suasana kegawatan ekonomi semasa.

Majlis kayuhan amal serta penyerahan zakat korporat SSM telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner,                                Ketua Pegawai Eksekutif SSM.
 

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH: 14 MEI 2017