PENGARAH SYARIKAT DIDAKWA KERANA MEMBUAT PERNYATAAN PALSU

Rabu, 26 Julai 2017: Elizabeth Kelsie Rozario (tertuduh), pengarah  syarikat Enimedia Group (M) Sdn Bhd telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan telah membuat pernyataan palsu kepada SSM di bawah seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM250,0000.00 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa membuat pernyataan palsu di dalam Borang 49 bertarikh 15 April 2015 berhubung peletakan jawatan Kim Jun Beom sebagai pengarah syarikat. Tertuduh telah mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Harmi Thamri Muhamad @ Shaharudin. Mahkamah menetapkan RM5,000 sebagai wang ikat jamin dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Najia Abdul Razak, Pegawai Pendakwa SSM manakala tertuduh tidak diwakili.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
Bertarikh: 26 Julai 2017