PEGAWAI SSM TOLAK RASUAH

Butterworth, 09 Januari 2017 - Pengurus kilang Ng Kheng Suah, 46, dituduh secara rasuah memberi suapan RM12,000 atau RM4,000 setiap seorang kepada tiga kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Jalan Sungai Lembu, di sini, pada jam 10 pagi 16 Jun lalu.

Berdasarkan kertas pendakwaan, tertuduh pada jam 10 pagi, 16 Jun tahun lalu telah memberikan suapan RM4,000 setiap seorang kepada ketiga-tiga kakitangan SSM di Jalan Sungai Lembu, sebagai dorongan bagi mempercepatkan kelulusan permohonan Skim Kepentingan Baru untuk The Heaven Memorial Park di Lot 398, 399, 868, 870 dan 1561, Jalan Sungai Lembu, Seberang Perai Tengah.

Setelah dibicarakan, tertuduh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 dalam akta yang sama. Ketiga-tiga kakitangan SSM dipanggil untuk menjadi saksi pada 3 Januari 2017 di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang. 

OKT iaitu Ng Kheng Suah telah menukar pengakuan terdahulu kepada pengakuan bersalah.  Hukuman yang dijatuhkan adalah satu (1) hari penjara dan dikenakan denda sebanyak RM60,000 oleh mahkamah.  Selain itu, Mahkamah telah memerintahkan supaya amaun rasuah sebanyak RM12,000 (iaitu RM4,000 setiap seorang) dilucut hak.