MAJLIS PENGAGIHAN ZAKAT KORPORAT SSM, MELAKA

Melaka, 27 Mei 2017 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini mengadakan Majlis Pengagihan Zakat Korporat SSM dan Berbuka Puasa bersama golongan asnaf di Masjid Ar-Rabbani, Tangga Batu, Melaka.

SSM akan mengagihkan zakat korporat berjumlah RM85 Ribu di mana sebanyak RM50 Ribu daripadanya akan diagihkan kepada 250 orang asnaf yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan masing-masing akan menerima wang zakat sebanyak RM200. Seorang wargakerja SSM Melaka pula iaitu En. Suhaimy Sani 37 menerima sumbangan zakat berjumlah RM15 Ribu kerana menghidapai penyakit Sistemik lupus eritematosus (SLE). Manakala baki selebihnya akan diagihkan kepada 12 buah masjid/surau yang terdapat di kawasan sekitar untuk meneruskan aktiviti pengimarahan masjid/surau khususnya sepanjang menyambut bulan Ramadan ini.

SSM tidak hanya memfokuskan kepada hal-hal pentadbiran dan operasi semata-mata sebaliknya SSM turut menitikberatkan hal-hal yang berkaitan kebajikan. Pelbagai inisiatif CSR telah dilaksanakan oleh SSM untuk dinikmati oleh masyarakat di luar sana termasuk warga kerja SSM. SSM berharap dengan pengagihan zakat ini, ianya dapat membantu golongan yang memerlukan serta meningkatkan pendapatan ekonomi mereka.

SSM berharap melalui pengagihan zakat korporat SSM ini, ianya dapat membantu golongan asnaf dalam memenuhi keperluan harian serta memberikan keceriaan kepada mereka dalam menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Majlis disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Abu Bakar Mohd Diah, Timbalan Menteri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merangkap Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka, YBhg. Dato’ Sri Jamil Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merangkap Pengerusi SSM dan YBhg. Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.
 
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH: 27 MEI 2017