MAJLIS ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG 2016

Kuala Lumpur, 16 Mac 2017 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menganjurkan Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang 2016 hari ini, di Hotel Aloft Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), YB. Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin.
Penganjuran pada hari ini merupakan penganjuran bersama untuk kali ke dua yang membabitkan beberapa agensi di bawah KPDNKK di bawah satu majlis. Seramai 107 orang pekerja yang akan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang terdiri daripada 68 orang penerima daripada SSM, 35 orang daripada MyIPO dan 4 orang daripada MyCC.
Majlis pada kali ini merupakan satu penghargaan dan juga pengiktirafan kepada warga kerja ketiga-tiga agensi yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan sentiasa mencapai standard dan kualiti yang ditetapkan dan memenuhi kehendak serta ekspektasi pelanggan.
Turut hadir pada majlis ini adalah Timbalan Menteri KPDNKK, YB. Dato’ Henry Sum Agong dan Ketua Setiusaha KPDNKK, YBhg. Dato’ Sri Jamil Bin Salleh.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH   : 16 MAC 2017