Karnival Youngpreneurs, Go! di Perlis

Perlis 25 Februari 2017 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) buat pertama kalinya menggegarkan Perlis dengan Karnival YPGO SSM yang diadakan pada pada 24-25 Februari 2017 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Acara yang julung kali diadakan ini dirasmikan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, DYTM Tuanku  Raja Muda Perlis.
 
Sebanyak 43 gerai jualan dan pameran agensi kerajaan/syarikat menanti kehadiran rakyat Perlis berserta sesi Bersama Usahawan Selebriti Online dengan Elfira Loy, Hisham Salleh, Talib dan Fizo Omar.

Juga diadakan Pidato Keusahawanan, Seminar dan Forum Keusahawanan Online Malaysia dan Online Business Challenge anjuran UniKL. Peserta juga akan didedahkan kepada Skim 1Pelajar 1Pendaftaran Perniagaan. Statisitk terkini pendaftaran perniagaan melalui skim ini adalah sebanyak 3,403 pendaftaran.

Selain itu turut diadakan sesi Go Healthy SSM, pertandingan street soccer, skateboarding, BMX serta aktiviti Zumba, fun ride, body combat exercise, Magic Show, YPGO Got Talent dan Entrepreneur Hunt. Tidak kurang hebat juga persembahan buskers serta kuiz, peraduan dan cabutan bertuah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato' Zahrah Abd Wahab Fenner, “Karnival YPGO SSM bertujuan menggalakkan golongan pelajar menceburi bidang perniagaan sebagai salah satu kerjaya pilihan serta mempertingkatkan kesedaran berkaitan kewajipan mendaftarkan perniagaan dan pengurusan perniagaan yang baik di kalangan pelajar”.

Adalah dianggarkan lebih 5000 orang pelajar dari 18 IPT/Kolej turut hadir sepanjang program karnival yang berlangsung selama dua hari.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
25 FEBRUARI 2017