KARNIVAL ONLINE NETWORKING ENTREPRENEURS (ONE) SSM JOHOR 2017

Johor Bahru, 01 April 2017 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menganjurkan Karnival Online Networking Entreprenuers (ONE) SSM Johor 2017 yang bermula semalam dan hari ini bertempat di Angsana Johor Bahru Mall, Johor.

Karnival Online Networking Entreprenuers (ONE) SSM Johor 2017 merupakan rentetan daripada penganjuran sulung Karnival ONE pada      4-5 Jun 2015 bertempat di Pusat Membeli Belah The Curve, Mutiara Damansara. SSM telah memulakan siri jelajah Karnival ONE seterusnya di Pasir Gudang, Johor pada 2-3 Oktober 2015, Kuching, Sarawak pada       13-15 November 2015, Shah Alam, Selangor pada 22-24 Januari 2016, Kuching, Sarawak Siri ke-2 pada 25-27 Mac 2016 dan Kota Kinabalu, Sabah pada 21-22 Mei 2016, Alor Setar, Kedah pada 7-8 Oktober 2016 dan 3-4 Disember 2016 di Medan Mara, Kuala Lumpur.

Objektif utama penganjuran karnival ini ialah untuk membantu golongan usahawan terutamanya yang berniaga secara online mengembangkan perniagaan mereka. Karnival dua hari ini akan dipenuhi dengan taklimat ikon, khidmat nasihat, pameran, gerai jualan, demo produk usahawan, taklimat produk dan perkhidmatan, pertandingan Entrepreneur Hunt, Business Pitching, serta pelbagai aktiviti keusahawanan bersama dengan peniaga online dan selebriti. Selain itu, SSM turut menganjurkan Healthy ONE yang menampilkan acara seperti street soccer, skateboarding, pertunjukan aksi basikal BMX dan aktiviti zumba.

Karnival Online Networking Entreprenuers (ONE) SSM Johor 2017 akan menyediakan 55 tapak pameran dan gerai jualan dengan jangkaan lebih 10,000 pengunjung.

Turut berlangsung pada hari ini adalah himpunan komuniti peniaga-peniaga dalam talian anjuran bersama SSM dengan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia (GAPEMA). Objektif program ini adalah untuk membina jaringan antara satu sama lain sebagai pemain industry.

Turut hadir adalah YB Dato’ Henry Sum Agong, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YBhg. Dato’ Sri Jamil Bin Haji Salleh, Ketua Setiausaha KPDNKK merangkap Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta YBhg. Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH: 01 APRIL 2017