INDIVIDU DIDAKWA KERANA GAGAL MEMATUHI NOTIS DI BAWAH SEKSYEN 7D(1) AKTA SYARIKAT 1965

PULAU PINANG – Seorang individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 15 September 2017 terhadap satu pertuduhan iaitu tanpa alasan yang munasabah telah gagal untuk hadir di hadapan Pendaftar Syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pejabat Negeri Pulau Pinang, Tingkat 6-7, Bangunan KWSP, No. 3009, Off Leboh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya, 13700 Pulau Pinang bagi tujuan pemeriksaan secara lisan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 7D(1) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) bertarikh 11 Oktober 2016.

Tan Boon Leong (‘tertuduh’), membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Puan Norhayati binti Mohd Yunus.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut seksyen 7D(5)(a) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman penjara selama 5 tahun atau denda RM30,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Muhammad Idzwan bin Ishak dan Abdul Hadi bin Abdul Muti manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Puan Norhayati binti Mohd Yunus menetapkan 17 Oktober 2017 untuk sebutan semula kes. Tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 5,000-00 dengan seorang penjamin.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
BERTARIKH : 18 September 2017