THE COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ('SSM') HAS INITIATED LEGAL ACTION TOWARDS THE UNREGISTERED INVESTMENT SCHEMES OFFERED BY AJWA DATE PLANTATION BERHAD AND DATE PALM AGRO BERHAD

SSM has obtained an Injunction from the Kuala Lumpur High Court against the organizer of the unregistered investment scheme involving the investment of 'Kurma Safawi' plant on 26 October 2017. The organizer of the scheme is Ajwa Date Plantation Berhad (Company No. 1145358-X) ("ADPB") and Date Palm Agro Berhad (Company No. 1150928-H) ("DPAB").

Through this Injunction order, ADPB and DPAB, their officers, agents and /or employees and/or any other entities under their direction are prohibited from continuing to offer the unregistered investment schemes to the public until they comply with the provisions under Part II and III of the Interests Scheme Act 2016 (Act 778).

This legal action is part of the SSM’s enforcement action against ADPB and DPAB for offering an unregistered investment scheme that is in contravention with Interest Scheme Act 2016.

SSM takes a serious stand against such unregistered investment schemes that promises a high return over a short period of time. Each investment scheme offered to the public needs to be registered for scrutiny and approval purposes by regulatory bodies such as SSM. Public are advised to be cautious when being offered to invest in such unregistered schemes. Public are requested to obtain more information about the company's background which offers such scheme from SSM either by personally going to the nearest SSM’s office, or by calling SSM’s Hotline 03-22994400 or via email through ‘enquiry@ssm.com.my’.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH: 16 NOVEMBER 2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TINDAKAN UNDANG-UNDANG OLEH SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (‘SSM’) TERHADAP PENGANJUR SKIM PELABURAN TIDAK BERDAFTAR MELIBATKAN AJWA DATE PLANTATION BERHAD DAN DATE PALM AGRO BERHAD

SSM telah memperolehi perintah Injunksi daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap penganjur skim pelaburan tidak berdaftar melibatkan tanaman ‘pokok Kurma Safawi’ pada 26 Oktober 2017. Penganjur skim ini adalah Ajwa Date Plantation Berhad (No. Syarikat 1145358-X) (“ADPB”) dan syarikat Date Palm Agro Berhad (No. Syarikat: 1150928-H) (“DPAB”).

Melalui perintah Injunksi ini, syarikat ADPB dan syarikat DPAB, Pegawai-pegawainya, ejen dan/atau pekerja dan/atau mana-mana entiti lain di bawah arahannya adalah dilarang daripada terus menawarkan skim pelaburan tidak berdaftar melibatkan tanaman ‘pokok Kurma Safawi’ seperti berikut kepada orang ramai sehingga mereka mematuhi peruntukan di bawah Bahagian II dan III Akta Skim Kepentingan 2016 (Akta 778).

Tindakan undang-undang ini adalah lanjutan daripada tindakan penguatkuasaan SSM terhadap syarikat ADPB dan syarikat DPAB yang menawarkan skim pelaburan tidak berdaftar yang bertentangan dengan Akta Skim Kepentingan 2016.

SSM memandang serius skim pelaburan tidak berdaftar sebegini yang menjanjikan kadar pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat. Setiap skim pelaburan yang ditawarkan kepada orang ramai perlu didaftar untuk tujuan penelitian dan kelulusan oleh badan kawalselia seperti SSM. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati apabila ditawarkan untuk melabur dalam skim tidak berdaftar seperti ini. Orang ramai diminta mendapatkan maklumat lanjut mengenai latar belakang syarikat yang menawarkan skim sebegini dari SSM sama ada datang secara peribadi ke pejabat SSM yang berdekatan, menghubungi talian Hotline 03-22994400 atau melalui e-mel enquiry@ssm.com.my.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH: 16 NOVEMBER 2017