BERHATI-HATI DENGAN TAWARAN PAKEJ UMRAH

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin menasihatkan orang ramai, supaya berhati-hati dengan penipuan pakej umrah yang ditawarkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.  

SSM ingin menegaskan walaupun sesebuah syarikat itu berdaftar dengan SSM, hanya syarikat yang dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sahaja boleh menawarkan pakej umrah. Semakan boleh dibuat melalui laman web rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan iaitu http://www.motac.gov.my/semakan/umrah atau menghubungi mana-mana pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berhampiran.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah terpedaya dengan harga pakej umrah murah yang ditawarkan. Sesiapa sahaja boleh jadi mangsa dan diharapkan orang ramai dapat memberi perhatian kepada perkara penting ini sebagai panduan asas dalam mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH : 26 FEBRUARI 2018