AUDIT EXEMPTION FOR CERTAIN CATEGORIES OF PRIVATE COMPANIES

The Companies Commission of Malaysia (SSM) today issues a Practice Directive highlighting the categories of private companies that qualify for audit exemption.

Although in general all companies are required to prepare and audit the financial statements, the Companies Act 2016 empowers the Registrar to exempt certain categories of private companies from having to appoint an auditor and to impose the criteria and conditions accordingly.

In this regard, the following categories of private companies are exempted from the audit requirement: 

a) Dormant companies;

b) Zero-Revenue companies; and

c) Threshold-Qualified companies.

A dormant company qualifies for audit exemption if it has been dormant from the time of its incorporation; or it is dormant throughout the current financial year and in the immediate preceding financial year.

A zero-revenue company is qualified for audit exemption if it does not have any revenue during the current financial year; it does not have any revenue in the immediate past two financial years; and its total assets in the current Statement of Financial Position (FS) does not exceed RM300,000 as well as in the FS of the immediate past two financial years.

A threshold-qualified company is qualified for an audit exemption if it fulfills the following criteria-

a) it has revenue not exceeding RM100,000 during the current financial year and in the immediate past two (2) financial years; 

b) its total assets in the current Statement of Financial Position does not exceed RM300,000 and in the immediate past two (2) financial years; and

c) it has, at the end of its current financial year and in each of its immediate past two (2) financial years’ end, not more than five (5) employees.

The rationale for the criteria adopted by the Registrar are based on the approaches that comprised a combination of both economic structure and economic size espoused by leading jurisdictions which have successfully implemented audit exemption policy more than a decade ago. The criteria adopted by the Registrar is also coupled with safeguards of allowing shareholders holding not less than 5% of the total voting shares to require the company to have its accounts audited. In addition, the Registrar is also given the power to direct companies to have their accounts audited. 

Notwithstanding the audit exemption, companies are required to lodge a full set of an unaudited financial statements accompanied with a statement that the company is qualified for audit exemption and that the company receives no request from its shareholders that audit must be conducted for a particular year.

SSM reiterates the importance of keeping accounting records and preparing financial statements as required under the Companies Act 2016 and such requirements are mandated to all companies irrespective whether they qualify for audit exemption or otherwise.

“Financial statements are still required to be prepared and lodged to the Registrar by all companies and these must be prepared in accordance with the approved accounting standards, hence the dispensation of audit will not undermine the quality of financial statements prepared. As regards to lodging financial statements which are fraudulent, section 593 of the Companies Act 2016 makes it an offence and prosecution action will be taken against errant companies and directors for lodging false and misleading statements to the Registrar,” says Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner, Chief Executive Officer of SSM.

“To this end, SSM has been vigilant and conducted continuous enforcement as reflected in the number of cases with respect to fraudulent information lodged with the Registrar. For this year alone, as at 30 June 2017, a total of 189 investigation papers have been opened, 32 cases have been concluded and 4 cases have been prosecuted,” she adds.

She further elaborated that audit exemption must be looked from the perspective of facilitating small companies towards reducing compliance costs especially in cases of owner-managed companies. As the auditor is responsible to report to the shareholders on the financial statements prepared by the directors, the value of audit is less significant where the directors and shareholders are the same people. As such, the Parliament has exercised its wisdom when passing the law which allows audit exemption for certain categories of private companies and therefore, the parameters of audit exemption should be where there are minimal risks of fraud coupled with appropriate safeguards for shareholders’ protection.

COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA
2 August 2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENGECUALIAN AUDIT UNTUK KATEGORI SYARIKAT SENDIRIAN

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini mengeluarkan Arahan Amalan berkaitan kategori-kategori syarikat sendirian yang layak untuk pengecualian audit.

Walaupun secara umum semua syarikat dikehendaki untuk menyediakan dan mengaudit penyata kewangan, Akta Syarikat 2016 memberi kuasa kepada Pendaftar mengecualikan kategori tertentu syarikat persendirian daripada keperluan melantik juruaudit dan mengenakan kriteria dan syarat yang sewajarnya.

Dalam hal ini, kategori syarikat sendirian berikut dikecualikan daripada keperluan audit:

a)Syarikat tidak aktif;

b)Syarikat Sifar Pendapatan; dan

c)Syarikat berkelayakan nilai ambang

Syarikat tidak aktif layak mendapat pengecualian audit sekiranya ia tidak aktif dari tarikh pemerbadanannya; atau ia tidak aktif sepanjang tahun kewangan semasa dan pada tahun kewangan yang terdahulu.

Syarikat pendapatan sifar layak untuk pengecualian audit jika ia tidak mempunyai apa-apa pendapatan semasa tahun kewangan semasa; ia tidak mempunyai apa-apa pendapatan dalam tempoh dua tahun yang lalu; dan jumlah asetnya dalam Penyata Kedudukan Kewangan (FS) semasa tidak melebihi RM300, 000 dan juga dalam FS dua tahun kewangan yang lalu.

Sebuah syarikat berkelayakan nilai ambang boleh mendapat pengecualian audit jika memenuhi kriteria berikut:

a)Ia mempunyai pendapatan tidak melebihi RM100, 000 pada tahun kewangan semasa dan dalam masa dua tahun kewangan yang lalu;

b)Jumlah asetnya dalam Penyata Kedudukan Kewangan semasa tidak melebihi RM300, 000 dan dalam masa dua (2) tahun kewangan yang lalu; dan

c)Ia telah, pada akhir tahun kewangan semasa dan pada setiap akhir tahun kewangan yang lalu, tidak melebihi lima (5) pekerja.

Rasional untuk kriteria yang diterima pakai oleh Pendaftar adalah berdasarkan pendekatan yang terdiri daripada gabungan kedua-dua struktur dan saiz ekonomi sepertimana di negara-negara lain yang telah berjaya melaksanakan dasar pengecualian audit lebih daripada satu dekad lalu. Kriteria yang diguna pakai oleh Pendaftar juga digabungkan dengan perlindungan membenarkan pemegang saham yang memegang tidak kurang daripada 5% daripada jumlah saham undian untuk menghendaki syarikat itu untuk mengaudit akaunnya. Di samping itu, Pendaftar juga diberi kuasa untuk mengarahkan syarikat-syarikat untuk mengaudit akaun mereka.

Sekiranya layak untuk pengecualian audit, syarikat masih dikehendaki menyerahkan satu set lengkap penyata kewangan yang belum diaudit bersama dengan kenyataan bahawa syarikat itu layak untuk pengecualian audit dan syarikat itu tidak menerima permintaan daripada para pemegang sahamnya bahawa audit harus dijalankan untuk tahun tertentu.

SSM menegaskan pentingnya menyimpan rekod perakaunan dan menyediakan penyata kewangan seperti yang dikehendaki di bawah Akta Syarikat 2016 dan syarat-syarat tersebut adalah wajib terhadap semua syarikat tanpa mengira sama ada mereka layak untuk pengecualian audit atau sebaliknya.

"Penyata kewangan masih dikehendaki disediakan dan diserahkan kepada Pendaftar oleh semua syarikat dan ini mesti disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan, maka pengecualian audit tidak akan menjejaskan kualiti penyata kewangan yang disediakan. Berkenaan dengan pengesah simpanan kewangan yang palsu, ianya merupakan pelanggaran di bawah Seksyen 593 Akta Syarikat 2016 dan tindakan pendakwaan akan diambil terhadap syarikat dan pengarah yang menyalahi undang-undang kerana membuat kenyataan palsu dan mengelirukan kepada Pendaftar, "kata Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

"Untuk itu, SSM lebih berwaspada dan menjalankan penguatkuasaan secara berterusan yang tergambar melalui bilangan kes berkenaan dengan maklumat palsu yang diserahkan kepada Pendaftar. Bagi tahun ini sahaja, pada 30 Jun 2017, sejumlah 189 kertas siasatan telah dibuka, 32 kes telah selesai dan 4 kes telah didakwa, "katanya.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa pengecualian audit hendaklah dilihat dari perspektif memudahkan syarikat-syarikat kecil ke arah mengurangkan kos pematuhan terutamanya dalam kes-kes syarikat yang diuruskan pemilik. Oleh kerana juruaudit bertanggungjawab untuk melaporkan kepada para pemegang saham mengenai penyata kewangan yang disediakan oleh para pengarah, nilai audit menjadi kurang penting sekiranya pengarah dan pemegang saham adalah orang yang sama. Dalam meluluskan undang-undang yang membenarkan pengecualian audit, parlimen telah mengambil kira semua aspek dan parameter perlaksanaan audit hendaklah diseimbangkan dari sudut meminimakan risiko fraud disamping memberikan perlindungan kepentingan pemegang saham yang wajar. 

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
2 Ogos 2017