Maklumat Perniagaan

(a) Profil Perniagaan

Merupakan maklumat terkini perniagaan yang mengandungi  maklumat asas sesebuah perniagaan (seperti nama perniagaan, nombor pendaftaran, tarikh pendaftaran, tarikh luput pendaftaran, bentuk perniagaan, status perniagaan, alamat utama perniagaan, alamat perniagaan, jenis perniagaan yang dijalankan dan maklumat cawangan perniagaan (sekiranya ada)), maklumat terkini pemilik dan maklumat terdahulu pemilik.

Boleh didapati melalui portal ssm e-info di https://www.ssm-einfo.my  atau portal Mydata-SSM di https://www.mydata-ssm.com.my dengan fi seperti berikut :

Perkara Fi bayaran (RM)
(a) Profil perniagaan 10.00
(b) Caj Perkhidmatan  5.00
(c) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) 0.90
Jumlah RM 15.90

Klik SAMPLE

(b) Salinan sijil perakuan pendaftaran perniagaan 

Salinan sijil perakuan pendaftaran perniagaan boleh dibekalkan kepada pelanggan sekiranya ada permohonan oleh pelanggan.

Sijil perakuan pendaftaran perniagaan boleh diperolehi di dalam dua versi iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris melalui portal Mydata-SSM di https://www.mydata-ssm.com.my dengan fi seperti berikut:

Perkara  Fi SSM (RM) Cas Perkhidmatan (RM) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) (RM)  Jumlah (RM)
(a) Salinan sijil perakuan pendaftaran perniagaan

10.00

5.00

0.90

15.90

(b) Pengesahan secara digital Nil 5.00 0.30 5.30
Jumlah 10.00 10.00 1.20 21.20
Klik SAMPLE

(c) Surat Pengesahan penamatan perniagaan

Surat pengesahan penamatan perniagaan merupakan satu dokumen sokongan yang mengesahkan status sesebuah pendaftaran perniagaan telah tamat tarikh luput perniagaan (expired). 

Status pendaftaran perniagaan mestilah telah luput semasa permohonan dibuat tanpa mengambil kira tempoh tarikh luput tersebut dan Surat pengesahan penamatan perniagaan ini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja.

Pengesahan penamatan perniagaan ini boleh didapati melalui portal ssm e-info di https://www.ssm-einfo.my/ dengan fi seperti berikut :

Perkara Fi bayaran (RM)
(a) Surat Pengesahan penamatan perniagaan 10.00
(b) Caj Perkhidmatan  5.00
(c) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) 0.90
Jumlah RM 15.90

Klik SAMPLE