Maklumat Syarikat

(a) Profil Syarikat

Merupakan maklumat terkini syarikat yang mengandungi  maklumat asas sesebuah syarikat (seperti nama syarikat, nombor pendaftaran, tarikh pemerbadanan, jenis syarikat, status syarikat, alamat berdaftar, alamat perniagaan dan jenis perniagaan yang dijalankan), maklumat modal syer, maklumat pengarah/pegawai syarikat, maklumat pemegang saham, maklumat gadaian (sekiranya ada) dan maklumat penyata kewangan.

Boleh didapati melalui portal ssm e-info di https://www.ssm-einfo.my atau portal Mydata-SSM di https://www.mydata-ssm.com.my dengan fi seperti berikut:

Perkara Fi bayaran (RM)
(a) Profil Syarikat 10.00
(b) Caj Perkhidmatan  5.00
(c) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) 0.90
Jumlah RM 15.90

Klik SAMPLE

(b) Financial Comparison

Merupakan  maklumat syarikat yang memaparkan perbandingan maklumat penyata kewangan yang telah di audit bagi sesebuah syarikat. Perbandingan boleh dibuat secara 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. 

Boleh didapati melalui portal ssm e-info di https://www.ssm-einfo.my/ atau portal Mydata-SSM di https://www.mydata-ssm.com.my dengan fi seperti berikut:

Perkara  Fi SSM (RM) Cas Perkhidmatan (RM) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) (RM)  Jumlah (RM)
Financial comparison untuk 2 tahun

20.00

5.00

1.50

26.50

Financial comparison untuk 3 tahun 30.00 5.00 2.10 37.10
Financial comparison untuk 5 tahun 50.00 10.00 3.60 63.60
Financial comparison untuk 10 tahun 100.00 15.00 6.90 121.90

Klik SAMPLE

(c) Attestation of Company Good Standing (ACGS)

ACGS merupakan satu dokumen pengesahan yang dikeluarkan oleh SSM bagi mengesahkan kewujudan sesebuah syarikat dan mengesahkan syarikat tersebut telah memenuhi keperluan serah simpan berkanun yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 (Akta 125). Berikut merupakan kriteria terhadap pengeluaran ACGS kepada sesebuah syarikat:

  • Syarikat ditubuhkan sekurang-kurangnya 18 bulan daripada tarikh permohonan ACGS;
  • Syarikat telah menyerahsimpan Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan atau Sijil Pengecualian Syarikat (EPC) yang terkini;
  • Syarikat berstatus ‘existing’ dan bukan dalam proses penggulungan atau pembatalan nama syarikat atau pembubaran;
  • Syarikat bukan berstatus ‘dormant’;
  • Syarikat mempunyai alamat berdaftar;
  • Syarikat atau pengarah-pengarah syarikat tidak mempunyai kompaun tertunggak dengan SSM; dan
  • Syarikat atau pengarah-pengarah syarikat tidak mempunyai sebarang kes pendakwaan tertunggak dengan SSM.

Boleh didapati melalui portal ssm e-info di https://www.ssm-einfo.my/ dengan fi seperti berikut :

Perkara Fi  bayaran (RM)
(a) Attestation of Company Good  Standing 100.00
(b) Caj Perkhidmatan 5.00
(c) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) 6.30
Jumlah RM 111.30

Klik SAMPLE

(d) Salinan dokumen disahkan benar secara digital

Produk Salinan dokumen disahkan benar secara digital (Digitally Certified True Copy) ditawarkan kepada pelanggan bagi salinan imej dokumen yang diserahsimpan oleh pelanggan di SSM. 

Dokumen-dokumen ini disahkan benar melalui proses pengesahan secara digital yang dilakukan oleh POS Digicert Sdn Bhd (457608-K) selaku syarikat yang diberi kuasa sebagai ’Certification Authority’ di Malaysia di bawah Seksyen 8, Akta Tandatangan Digital 1997 dan Peraturan Tandatangan Digital 1998.

Salinan imej dokumen disahkan benar boleh diperolehi melalui portal MyData SSM di capaian https://www.mydata-ssm.com.my dengan fi seperti berikut :

Perkara  Fi SSM (RM) Cas Perkhidmatan (RM) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) (RM)  Jumlah (RM)
(a) Senarai dokumen

10.00

5.00 setiap syarikat

0.90

15.90

(b) Muat turun dokumen 10.00 Nil 0.60 10.60
(c) Salinan diakui benar digital 10.00 5.00 setiap dokumen 0.90 15.90
Jumlah 30.00 10.00 2.40 42.40

Klik SAMPLE

(e) Sijil pemerbadanan syarikat

Di bawah Akta Syarikat 2016, notis perakuan pemerbadanan syarikat akan dikeluarkan kepada pelanggan selepas pemerbadanan syarikat dibuat. Bagaimanapun, sijil pemerbadanan syarikat boleh dibekalkan kepada pelanggan  sekiranya ada permohonan oleh pelanggan. 

Sijil pemerbadanan syarikat  ini boleh diperolehi di dalam dua versi iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris melalui portal ssm e-info di https://www.ssm-einfo.my/ atau portal Mydata-SSM di https://www.mydata-ssm.com.my dengan fi seperti berikut:

Fi sijil pemerbadanan syarikat tanpa Digital Certified True Copy

Perkara Fi  bayaran (RM)
(a) Sijil pemerbadanan syarikat 20.00
(b) Caj Perkhidmatan 5.00
(c) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) 1.50
Jumlah RM 26.50

Fi sijil pemerbadanan syarikat dengan Digital Certified True Copy
Perkara  Fi SSM (RM) Cas Perkhidmatan (RM) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) (RM)  Jumlah (RM)
(a) Sijil pemerbadanan syarikat 

20.00

5.00

1.50

26.50

(b) Pengesahan secara digital 10.00 5.00 0.90 15.90
Jumlah 30.00 10.00 2.40 42.40

Klik SAMPLE

(f) Sijil pertukaran nama syarikat

Di bawah Akta Syarikat 2016, notis perakuan pertukaran nama syarikat akan dikeluarkan kepada pelanggan selepas pertukaran nama syarikat dibuat.  Bagaimanapun, sijil pertukaran nama syarikat boleh dibekalkan kepada pelanggan sekiranya ada permohonan oleh pelanggan.

Sijil pertukaran nama syarikat  ini boleh diperolehi di dalam dua versi iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris melalui portal ssm e-info di https://www.ssm-einfo.my/ atau portal Mydata-SSM di https://www.mydata-ssm.com.my dengan fi seperti berikut:

Fi sijil pertukaran nama syarikat tanpa Digital Certified True Copy

Perkara Fi  bayaran (RM)
(a) Sijil pertukaran nama syarikat 20.00
(b) Caj Perkhidmatan 5.00
(c) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) 1.50
Jumlah RM 26.50

Fi sijil pertukaran nama syarikat dengan Digital Certified True Copy
Perkara  Fi SSM (RM) Cas Perkhidmatan (RM) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) (RM)  Jumlah (RM)
(a) Sijil pertukaran nama syarikat 

20.00

5.00

1.50

26.50

(b) Pengesahan secara digital 10.00 5.00 0.90 15.90
Jumlah 30.00 10.00 2.40 42.40

Klik SAMPLE

(g) Sijil pertukaran status syarikat

Di bawah Akta Syarikat 2016, notis perakuan pertukaran status syarikat akan dikeluarkan kepada pelanggan selepas pertukaran status syarikat dibuat. Bagaimanapun, sijil pertukaran status syarikat boleh dibekalkan kepada pelanggan sekiranya ada permohonan oleh pelanggan.

Sijil pertukaran status syarikat  ini boleh diperolehi di dalam dua versi iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris melalui portal ssm e-info di https://www.ssm-einfo.my/ atau portal Mydata-SSM di https://www.mydata-ssm.com.my dengan fi seperti berikut :

Fi sijil pertukaran status syarikat tanpa Digital Certified True Copy

Perkara Fi  bayaran (RM)
(a) Sijil pertukaran status syarikat 20.00
(b) Caj Perkhidmatan 5.00
(c) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) 1.50
Jumlah RM 26.50

Fi sijil pertukaran status syarikat dengan Digital Certified True Copy
Perkara  Fi SSM (RM) Cas Perkhidmatan (RM) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) (RM)  Jumlah (RM)
(a) Sijil   pertukaran status syarikat

20.00

5.00

1.50

26.50

(b) Pengesahan secara digital 10.00 5.00 0.90 15.90
Jumlah 30.00 10.00 2.40 42.40

Klik SAMPLE

(h) Butir-butir Pengarah / pegawai

Produk ini merupakan estrak maklumat daripada Borang 49 (Return giving particulars in Register of Directors, Managers dan Secretaries and changes of particulars) di bawah AS 1965 & Seksyen 58 (Notification of change in the Register of Directors, Managers and Secretaries) di bawah AS 2016 yang telah diserahsimpan oleh pelanggan di SSM.

Mengandungi 3 segmen iaitu maklumat asas syarikat, maklumat pengarah / pegawai terkini syarikat dan maklumat terdahulu pengarah / pegawai syarikat bagi tempoh 15 tahun kebelakang.

Boleh didapati melalui portal Mydata-SSM di https://www.mydata-ssm.com.my dengan fi seperti berikut :

Fi Butir-butir Pengarah / Pegawai tanpa Digital Certified True Copy

Perkara Fi  bayaran (RM)
(a) Butir-butir Pengarah / Pegawai 20.00
(b) Caj Perkhidmatan 5.00
(c) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) 1.50
Jumlah RM 26.50

Fi Butir-butir Pengarah / Pegawai dengan Digital Certified True Copy
Perkara  Fi SSM (RM) Cas Perkhidmatan (RM) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) (RM)  Jumlah (RM)
(a) Butir-butir Pengarah / Pegawai

20.00

5.00

1.50

26.50

(b) Pengesahan secara digital 10.00 5.00 0.90 15.90
Jumlah 30.00 10.00 2.40 42.40

Klik SAMPLE

(i) Butir-butir alamat berdaftar

Produk ini merupakan estrak maklumat daripada Borang 44 ( Notice of situation of registered office and of office hours and particulars of changes) di bawah AS 1965 & Seksyen 46 ( Notification for change ini the registered address) di bawah AS 2016  yang telah diserahsimpan oleh pelanggan di SSM.

Mengandungi 2 segmen iaitu maklumat asas syarikat termasuk alamat berdaftar terkini syarikat dan maklumat perubahan-perubahan alamat berdaftar syarikat bermula 31 Januari 2017.

Boleh didapati melalui portal Mydata-SSM di https://www.mydata-ssm.com.my dengan fi seperti berikut :

Fi Butir-butir alamat  berdaftar tanpa Digital Certified True Copy

Perkara Fi  bayaran (RM)
(a) Butir-butir alamat berdaftar 20.00
(b) Caj Perkhidmatan 5.00
(c) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) 1.50
Jumlah RM 26.50

Fi Butir-butir alamat berdaftar dengan Digital Certified True Copy
Perkara  Fi SSM (RM) Cas Perkhidmatan (RM) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) (RM)  Jumlah (RM)
(a) Butir-butir alamat berdaftar

20.00

5.00

1.50

26.50

(b) Pengesahan secara digital 10.00 5.00 0.90 15.90
Jumlah 30.00 10.00 2.40 42.40

Klik SAMPLE

(j) Company watch

Company watch  membolehkan orang awam   mengetahui apa-apa perubahan yang dibuat oleh sesebuah syarikat. Contohnya perubahan pengarah syarikat, pengurus, setiausaha syarikat, modal saham, pemegang saham, penyata kewangan dan penyata tahunan dan lain-lain. 

Terdapat 2 pakej yang ditawarkan iaitu Basic pakej – email alert dan Premium Pakej – Email alert & cetakan maklumat syarikat. Langganan akan luput selepas 12 bulan atau selepas email alert dihantar.Pelanggan perlu membuat pembayaran semula untuk langganan seterusnya.

Boleh didapati melalui portal ssm e-info di https://www.ssm-einfo.my/ dengan harga seperti berikut :

Pakej basic (email alert)

Perkara Fi  bayaran (RM)
(a) Company Watch (basic) -
(b) Caj Perkhidmatan 5.00
(c) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) 0.30
Jumlah RM 5.30

Pakej premium (email alert dan cetakan profile syarikat)
Perkara Fi  bayaran (RM)
(a) Company Watch (premium) 10.00
(b) Caj Perkhidmatan 10.00
(c) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) 1.20
Jumlah RM 21.20

(k) Company charges

Merupakan maklumat gadaian terkini syarikat yang mengandungi nama syarikat, nombor syarikat, nombor gadaian, tarikh gadaian, nama pemegang gadaian, status gadaian dan jumlah gadaian.

Boleh didapati melalui portal ssm e-info di https://www.ssm-einfo.my/ dengan fi seperti berikut :

Perkara Fi  bayaran (RM)
(a) Company charges 20.00
(b) Caj Perkhidmatan 5.00
(c) Cukai barang dan perkhidmatan (6%) 1.50
Jumlah RM 26.50

Klik SAMPLE