COMPANY DIRECTOR CHARGED FOR THE DISPOSAL OF SUBSTANTIAL PORTION OF COMPANY’S PROPERTY WITHOUT APPROVAL BY COMPANY IN GENERAL MEETING

Tawau – Monday, 22 January 2018: Wilfred Lee Vui Ming (accused), company director of Darvel Bay Hybrid Aquaculture Sdn. Bhd. was charged at Tawau Sessions Court for the disposal of a substantial portion of company’s property without approval of the company in a general meeting which is an offence under section 132C(1)(b) Companies Act 1965 and is punishable with a 5 year jail term or fine of RM30,000 or both, if convicted. 

The accused claimed trial before Sessions Court Judge Awang Kerisnada Awang Mahmud. The Court set bail at RM2,000 with one surety and fixed 28 February 2018 for mention. 

SSM Prosecuting Officer Najia Abdul Razak prosecuted, while the accused was represented by Philip Lee Lip Min.

 

COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA

_____________________________________________________________________________________________________________________________

PENGARAH SYARIKAT DIDAKWA KERANA MELUPUSKAN SEBAHAGIAN ASET SUBSTANSIAL SYARIKAT TANPA KELULUSAN DAN KEBENARAN MESYUARAT 

Tawau - Isnin, 22 Januari 2018: Wilfred Lee Vui Ming (tertuduh), pengarah syarikat Darvel Bay Hybrid Aquaculture Sdn. Bhd. telah didakwa di Mahkamah Sesyen Tawau atas kesalahan melupuskan sebahagian aset substansial syarikat tanpa kelulusan dan kebenaran mesyuarat yang merupakan kesalahan di bawah seksyen 132C(1)(b) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman penjara 5 tahun atau denda RM30,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh telah mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Awang Kerisnada Awang Mahmud. Mahkamah menetapkan RM2,000 sebagai wang ikat jamin dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan tarikh sebutan pada 28 Februari 2018.

Pendakwaan dikendalikan oleh Najia Abdul Razak, Pegawai Pendakwa SSM dan tertuduh diwakili oleh Philip Lee Lip Min.

 

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA