English Version
Site Map | FAQ Carian Nama | Hubungi Kami E-Aduan
 
 
 
PRESS RELEASE (In Bahasa Malaysia)
KENYATAAN MEDIA MENGENAI KEWUJUDAN INDIVIDU-INDIVIDU YANG MENYAMAR SEBAGAI PEGAWAI SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

SSM telah mendapat maklumat daripada kalangan para peniaga mengenai wujudnya individu-individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pegawai SSM.

Modus operandi individu – individu berkenaan adalah datang ke premis-premis perniagaan dan memaklumkan kepada pemilik perniagaan bahawa mereka sedang melakukan pemeriksaan. Mereka akan meminta dokumen-dokumen pendaftaran perniagaan, termasuk akaun perniagaan dan mengambil cop rasmi perniagaan. Terdapat kemungkinan tujuan mereka adalah bagi mendapatkan maklumat mengenai identiti perniagaan untuk disalahgunakan dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.

SSM menasihatkan para peniaga agar lebih berhati-hati apabila menerima kunjungan pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Menurut peruntukan undang-undang, setiap pegawai SSM yang datang membuat pemeriksaan di premis-premis perniagaan dikehendaki membawa kad kuasa mereka yang mengandungi butir-butir seperti berikut:

- Nama, nombor kad pengenalan dan gambar
- Perlantikan dan pemberian kuasa sebagai Penolong Pendaftar Syarikat dan Penolong Pendaftar Perniagaan menurut undang-undang
- Nama Pendaftar Syarikat yang memberikan kuasa seperti di atas
- Nombor siri kad kuasa dan tarikh ianya dikeluarkan oleh SSM

SSM menasihatkan para peniaga agar meminta setiap individu yang datang membuat pemeriksaan di premis perniagaan mereka untuk menunjukkan kad kuasa masing-masing. Sekiranya wujud sebarang kecurigaan, para peniaga dan orang ramai boleh merujuk kepada SSM melalui talian Hotline SSM di nombor 03 - 4047 6111 / 6222, melalui faks di nombor 03 – 4047 6317 atau e-mel kepada enquiry@ssm.com.my.


Bertarikh 16 Disember 2009

Suruhanjaya Syarikat Malaysia