PEMBERITAHUAN MENGENAI PERPINDAHAN PEJABAT SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) PERLIS

Pelanggan yang dihormati, 

Dimaklumkan bermula pada 8 Januari 2018 (Isnin) Pejabat SSM Perlis yang kini beroperasi di Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis  akan berpindah ke alamat baharu seperti berikut: 

No.1 Aras 1, Blok B, 
Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis, 
Mukim Sena 01000 Kangar, Perlis

Pejabat ini akan beroperasi setiap hari kecuali cuti umum. Perkhidmatan kaunter boleh dilakukan bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan 8.00 malam hingga 9.00 malam.

Sekian, terima kasih. 

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH : 27 DISEMBER 2017