MAKLUMAN TENTANG PENDAFTARAN SKIM KEPENTINGAN KATEGORI KELAB REKREASI - TOWER CLUB PENANG

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mendaftarkan skim kepentingan kategori kelab rekreasi iaitu ’Tower Club Penang’ anjuran syarikat Tower Club Penang Berhad (1184362-D) melalui Surat Ikatan Amanah bertarikh 7 Julai 2017 manakala prospektus pertama adalah bagi tempoh 24 Julai 2017 hingga 23 Januari 2018.  

Orang awam diingatkan supaya sentiasa membuat semakan di SSM berkaitan skim kepentingan berdaftar sebelum membuat keputusan untuk melabur atau menyertai sebarang kelab keahlian. 

Sila layari http://www.ssm.com.my/ms/company/is-registered-scheme-public untuk maklumat lanjut.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH : 1 OGOS 2017