MAKLUMAN

Dimaklumkan bahawa sistem perkhidmatan ‘E-Search’ melalui Laman Portal Rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengalami ganguan perkhidmatan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.

Selain itu, para pelanggan boleh memilih untuk melakukan carian atau semakan maklumat syarikat dan perniagaan melalui laman portal MyDATA (www.mydata-ssm.com.my) atau e-info (www.ssm.com.my/en/e-Info-Mainpage) melalui laman portal rasmi SSM.

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi khidmat pelanggan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my.

 

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH : 3 MAC 2017