DERAF PENDEDAHAN BERHUBUNG KONSEP PELAPORAN PENYATA KEWANGAN DAN PENYATA TAHUNAN DALAM FORMAT “EXTENSIBLE BUSINESS REPORTING LANGUAGE”

Y.Bhg Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.Sukacita dimaklumkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menerbitkan kertas konsultatif bagi badan profesional serta syarikat yang berminat berhubung konsep pelaporan penyata kewangan dan penyata tahunan dalam format “eXtensible Business Reporting Language” (XBRL) 2017. 

3.Sehubungan dengan itu, dokumen-dokumen bagi rujukan kertas konsultatif tersebut boleh didapati  di laman sesawang melalui capaian berikut http://www.ssm.com.my/en/xbrl-en. Sebarang maklumbalas, ulasan atau cadangan boleh dimajukan selewat-lewatnya pada 15 September 2017. 

4.Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, mohon hubungi qxbrl@ssm.com.my. Kerjasama pihak Y.Bhg Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Seperti di Lampiran.

Sekian.

DATO’ ZAHRAH ABD WAHAB FENNER  
Ketua Pegawai Eksekutif