BERHATI-HATI DENGAN PORTAL SSM PALSU

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin menasihatkan orang ramai, supaya berhati-hati dengan portal-portal palsu yang menjanjikan jaminan pendaftaran atau pembaharuan perniagaan.

SSM mendapati banyak portal-portal sebegini menjanjikan pendaftaran segera dengan fi perkhidmatan tersendiri. Contoh portal seperti ini adalah:

http://www.ssmmalaysia.com.my/

Laman rasmi SSM beralamat seperti berikut: 

www.ssm.com.my

SSM ingin menegaskan di sini bahawa sebarang pendaftaran rasmi hanya boleh dilakukan oleh pihak SSM dan SSM tidak melantik mana-mana agen untuk tujuan tersebut.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah terpedaya dengan tawaran portal-portal palsu seperti ini. 

Pihak SSM ingin mengingatkan orang ramai supaya menyemak dahulu kesahihan sesuatu portal atau maklumat untuk mengelak dari menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-77214000

 

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH : 29 MAC 2018