powered by FreeFind
 
Site Map | FAQ Name Search/E-INFO | Contact Us E-Complaints
 
Utusan Ketua Pegawai Eksekutif
Program Latihan
Kalendar Latihan 2008 & Brosur
Borang Pendaftaran
Cara Pembayaran
Akreditasi CPE
Soalan-soalan Lazim
Hubungi Kami
Garis Panduan
   
Panduan Permohonan Nama Perniagaan

Garis Panduan Pendaftaran Perniagaan

Panduan Permohonan Nama Syarikat
Panduan Menamakan Syarikat
Garispanduan Untuk Memperbadankan Syarikat Tempatan
Garispanduan Mendaftarkan Syarikat Asing Di Malaysia
Garispanduan Bagi Pertukaran Nama Syarikat Tempatan
Garispanduan Bagi Pertukaran Nama Syarikat Asing
Garispanduan Bagi Pertukaran Taraf Syarikat
Garispanduan Bagi Permohonan Sijil Permulaan Perniagaan
Warta Kerajaan (Bil. 716 bertarikh 30 Januari 1997)
Warta Pindaan 2001
Prosedur Permohonan Kelulusan Menteri bagi Syarikat Berhad Menurut Jaminan

Garis Panduan SBMJ

Garis Panduan Syarikat Amanah
New Guidelines to Strike Off the Name of A Company (12 January 2007)
Panduan Pendaftaran Borang 5 (Penyata Rakan-rakan Firma bagi Firma Juruaudit)
Panduan Permohonan Lesen Setiausaha Syarikat
 
 

Soalan-soalan Lazim

 

S1. Bagaimana saya hendak mendaftar untuk sesebuah program latihan?

J1. Anda boleh fakskan borang pendaftaran kepada kami di talian 03-40476334/6331. Borang pendaftaran ini boleh dimuat turun di <klik> daripada laman web kami. Borang ini juga boleh didapati daripada brosur program latihan berkenaan.

 

Pendaftaran hanya diambil kira berdasarkan aspek penerimaan yang awal. Semua pendaftaran MESTI disertakan pembayaran penuh. Kemasukan hanya akan dibenarkan sekiranya pembayaran atau surat jaminan telah diterima.

 

S2. Bagaimana saya hendak membuat pembayaran?

J2. Kami menerima pembayaran melalui kiriman wang / wang pos / draf bank atau cek dan sila buat bayaran atas nama 'SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA'. Pembayaran ini mestilah dibuat selewat-lewatnya satu minggu sebelum tarikh hari program. Sila jangan membuat penghantaran secara tunai. Sila nyatakan nama dan syarikat/institusi peserta di belakang cek.

 

S3. Adakah pendaftaran dikira sah selepas borang difaks?

J3. Tidak. Pendaftaran dikira sah setelah pembayaran sepenuhnya telah dibuat dan peserta telah menerima surat pengesahan daripada SSM.

 

S4. Bolehkah saya menggantikan tempat saya dengan peserta lain?

J4. Tiada polisi pembayaran balik akan dilakukan. Hanya penggantian peserta dibenarkan. Walau bagaimanapun, caj akan dikenakan apabila terdapat perbezaan jumlah yuran pendaftaran. Sekiranya peserta gagal menghadirkan diri, peserta tersebut tidak akan diberi pembayaran balik ataupun dibenarkan untuk menghadiri program latihan pada tarikh yang lain.

 

Penangguhan / Gantian dibenarkan sekiranya SSM dimaklumkan sekurang-kurangnya tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh program. Segala penangguhan/gantian mestilah dibuat secara bertulis dan disahkan oleh SSM.

 

S5. Bolehkah saya dapatkan sijil gantian?

J5. sekiranya terdapat kesalahan pada nama atau nombor kad pengenalan yang dilakukan sendiri oleh peserta semasa pendaftaran ataupun kehilangan sijil, peserta akan dikenakan caj sebanyak RM30.00 untuk (setiap keping sijil gantian) bagi tujuan kos pentadbiran.

 

S6. Adakah program akan dibatalkan atau ditangguh?

J6. SSM mempunyai hak untuk menangguh tarikh/tempat dan membatalkan program sekiranya terdapat atas alasan yang tidak dapat dielakkan. Dalam kes pembatalan, bayaran balik sepenuhnya akan diberikan kepada peserta.

 

S7. Adakah saya akan diberi inbois?

J7. Tidak, kecuali dengan permintaan. Borang pendaftaran yang dianggap sebagai inbois rasmi.