Sign In

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​PEMAKLUMAN BERKENAAN PENAMBAHBAIKAN PLATFORM PERTANYAAN DAN ADUAN PELANGGAN SSM


​​
Bermula 1 Januari 2024, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menambah baik platform pertanyaan dan aduan pelanggan di portal SSM.  

Dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan SSM dalam urusan pelanggan menyalurkan pertanyaan dan aduan, borang pertanyaan dan aduan pelanggan yang kini dikenali sebagai Webform, telah ditambah baik.

Untuk akses, klik di Webform​.

Berikut adalah ciri-ciri Webform:

1. Pertanyaan/Aduan/Lain-lain
Webform membantu pelanggan dalam menyalurkan pertanyaan, aduan atau lain-lain perkara berkaitan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh SSM.

​​​Pertanyaan​
Pelanggan boleh membuat pertanyaan berkaitan pendaftaran, e-perkhidmatan dan penguatkuasaan SSM. 

​Jenis pertanyaan yang boleh dibuat adalah seperti berikut: 
​Bil
​Pilihan ​
Penerangan
​1.
​Business
​Entiti perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
​2.
Company
​Entiti perniagaan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016.
​3.
​Limited Liability Partnership (LLP)
​Entiti perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.
​4.
​Portal
​Portal rasmi produk dan perkhidmatan SSM.
​5.​
General
​Lain-lain perkhidmatan yang disediakan oleh SSM.

Aduan
Pelanggan boleh membuat aduan berkaitan e-perkhidmatan SSM dan pelanggaran undang-undang bagi akta yang ditadbir oleh SSM. 
Jenis aduan yang boleh dibuat adalah seperti berikut: 

​Bil
​Pilihan ​
Penerangan
​1.
Business
​Entiti perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
​2.
Company
​Entiti perniagaan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016.
​3.
​​Limited Liability Partnership (LLP)
​Entiti perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.
​4.
​Portal
​Portal rasmi produk dan perkhidmatan SSM.
​5.​
General​
​Lain-lain perkhidmatan yang disediakan oleh SSM.

Lain-lain
Lain-lain perkara seperti pengalaman pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh SSM boleh dimajukan melalui pilihan ini.

2. Menyemak Status Pertanyaan dan Aduan
Pelanggan boleh membuat semakan berkenaan status pertanyaan dan aduan yang dilaporkan kepada SSM.

3. Knowledge Hub
Knowledge Hub merupakan inisiatif terbaharu untuk memudahkan pelanggan mengakses informasi komprehensif berkaitan akta, produk, perkhidmatan dan lain-lain informasi yang terkini dalam membantu pelanggan berurusan bersama SSM.

Chatbot/Live chat

Chatbot SSM 
SSM telah menambah satu platform baharu yang boleh digunakan oleh pelanggan untuk mendapatkan maklumat berkaitan akta, produk, perkhidmatan dan lain-lain. Chatbot ini boleh diakses 24 jam.

Live Chat SSM
​Pelanggan juga boleh berinteraksi secara dalam talian bersama live agent melalui platform Live Chat SSM. Waktu operasi: 8:00 pagi hingga 5:30 petang (Isnin - Jumaat) tidak termasuk cuti umum.



MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC