Sign In
Berhati-Hati Dengan Tawaran Peluang Pekerjaan Oleh Syarikat Pelaburan Atas Talian
​Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin mengingatkan orang awam supaya berwaspada dengan tawaran temuduga dan peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan yang ditawarkan oleh syarikat yang menjalankan aktiviti pelaburan secara atas talian.

Hasil pemantauan SSM mendapati terdapat syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan dengan pelbagai jawatan serta gaji yang lumayan, namun sebenarnya diperalat sebagai agen untuk mencari pelabur bagi menyertai pelaburan berkaitan perdagangan mata wang asing (FOREX trading) dan perdagangan emas (GOLD trading) yang dijalankan menggunakan platform secara atas talian.

Orang awam adalah dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan peluang pekerjaan daripada syarikat berkenaan dan dinasihatkan untuk membuat semakan dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan bagi memastikan pelaburan yang ditawarkan telah mendapat kelulusan secara sah dan mematuhi undang-undang sedia ada di Malaysia bagi mengelak daripada menjadi mangsa kepada pelaburan haram atau tidak berdaftar.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat berhubung perkara di atas, sila hubungi mana-mana pejabat SSM yang berhampiran atau membuat aduan melalui laman web rasmi SSM di ssm.com.my.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

17 OKTOBER 2018


Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC