AKTA 614 AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001 BAHAGIAN V - KEWANGAN
Seksyen 31. Pemeliharaan Kumpulan Wang.
Maka adalah menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk memelihara Kumpulan Wang dengan melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasa di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Suruhanjaya adalah mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuklah susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.