AKTA 614
AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001
BAHAGIAN IV - PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN PEKERJA


Seksyen 25. Perlindungan daripada liabiliti diri.

Tiada guaman atau prosiding undang-undang lain boleh dibawa terhadap diri mana-mana anggota atau pekerja Suruhanjaya atau mana-mana orang lain di bawah arahan Suruhanjaya bagi apa-apa yang dilakukan atau dimaksudkan untuk dilakukan dengan suci hati dalam pelaksanaan atau yang berupa sebagai pelaksanaan Akta ini atau mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.