AKTA 614
AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001
BAHAGIAN IV - PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN PEKERJA
Seksyen 23. Peraturan-peraturan berkenaan dengan penggajian.
(1) Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan penggajian pekerja Suruhanjaya.
(2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi—
(a)
cara pelantikan, dan terma dan syarat perkhidmatan pekerja Suruhanjaya; dan
(b)
pembayaran ganjaran, pencen dan faedah lain kepada pekerja Suruhanjaya.
Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.