AKTA 614
AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001
BAHAGIAN II - SURUHANJAYA


Seksyen 12. Mesyuarat.

(1) Suruhanjaya hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu bagi melaksanakan fungsi-fungsinya.

(2) Kuorum mesyuarat ialah lima.

(3) Jika mengenai sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh Suruhanjaya terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

(4) Jika Pengerusi tidak hadir atau tidak dapat bertindak kerana sakit atau apa-apa sebab lain, mana-mana anggota Suruhanjaya selain Ketua Pegawai Eksekutif boleh dilantik oleh anggota-anggota yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat.

(5) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, Suruhanjaya hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.