AKTA 614 AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001 BAHAGIAN II - SURUHANJAYA
Seksyen 9. Pengosongan jawatan.
Jawatan seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah menjadi kosong—
(a) jika dia mati;
(b) jika dia telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan dan dijatuhi hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada empat bulan;
(c) jika dia menjadi bankrap;
(d) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipan-kewajipannya; atau
(e) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Suruhanjaya tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri.