AKTA 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949 (DI SEMAK 1973)
AM


Seksyen 36. Wang yang tidak dituntut hendaklah dibayar ke dalam Mahkamah

Segala wang dan sekuriti yang masih ada dalam tangan suatu syarikat amanah, sebagai pemegang amanah, yang tidak dituntut oleh orang yang berhak kepadanya selama tempoh enam tahun selepas masa yang wang dan sekuriti itu menjadi kena dibayar kepada orang itu (kecuali jika pembayaran telah dihalang oleh perintah suatu mahkamah), bersama dengan apa-apa bunga, jika ada, yang telah diterima oleh syarikat itu berkenaan dengannya, dengan ditolak apa-apa komisen atau caj lain yang boleh dikenakan dengan sepatutnya oleh syarikat itu, hendaklah dibayar oleh syarikat itu ke dalam Mahkamah dan hendaklah diperlakukan mengikut perintah Mahkamah itu:

Dengan syarat bahawa tidaklah perlu bagi syarikat itu untuk mematuhi seksyen ini lebih kerap daripada sekali dalam mana- mana tahun, dan juga tidaklah perlu bagi syarikat itu mendapatkan persetujuan atau keizinan mana-mana orang terhadap pembayaran ke dalam Mahkamah itu.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.