AKTA 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949 (DI SEMAK 1973)
AM


Seksyen 35. Pendaftaran syarikat amanah sebagai pemegang syer, dll., bukan notis mengenai suatu amanah

Tiada permohonan oleh suatu syarikat amanah untuk didaftarkan sebagai seorang anggota atau pemegang syer dalam buku mana-mana syarikat atau perbadanan dan juga tiada apa-apa catatan nama suatu syarikat amanah dalam buku mana-mana syarikat atau perbadanan boleh menjadi notis mengenai amanah, dan tiada syarikat atau perbadanan berhak untuk membantah terhadap pencatatan nama suatu syarikat amanah dalam buku-bukunya hanya oleh sebab yang syarikat itu mungkin atau ialah pemegang amanah, dan, dalam urusan mengenai harta, hakikat bahawa orang itu atau salah seorang daripada orang yang dengannya urusan itu dibuat ialah suatu syarikat amanah tidak boleh dengan sendirinya menjadi notis suatu amanah.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.