AKTA 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949 (DI SEMAK 1973)
AM


Seksyen 34. Liabiliti dan kuasa syarikat

Tertakluk kepada Akta ini, liabiliti tiap-tiap syarikat amanah kepada orang atau orang-orang yang berkepentingan dalam apa-apa estet atau harta pusaka yang dipegang oleh syarikat itu sebagai wasi, pentadbir, pemegang amanah, penerima, pelikuidasi, pemegang serah hak, penjaga, atau jawatankuasa, atau atas apa-apa sifat rasmi atau urusan lain adalah sama seolah-olah estet atau harta pusaka itu dipegang oleh orang persendirian atas sifat demikian itu dan kuasa syarikat itu adalah sama seperti kuasa orang persendirian atas sifat demikian itu.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.