AKTA 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949 (DI SEMAK 1973)
PENALTI


Seksyen 30. Pengabaian untuk mengemukakan penyata tahunan

Mana-mana syarikat amanah yang ingkar mengemukakan kepada Pendaftar penyata yang ditentusahkan yang dikehendaki oleh seksyen 21 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari keingkaran itu berterusan, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti yang mungkin kena ditanggung oleh syarikat itu di bawah Akta Syarikat 1965[Akta 125], dan mana-mana pengarah atau pengurus syarikat itu yang dengan disedarinya dan dengan sengaja memberi kuasa atau membenarkan keingkaran itu boleh dikenakan penalti yang serupa.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.