AKTA 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949 (DI SEMAK 1973)
PENALTI


Seksyen 28. Pernyataan palsu dalam akaun

Mana-mana pengarah, pegawai atau pekhidmat suatu syarikat amanah yang secara sengaja dan dengan niat hendak memfraud membuat atau bersubahat membuat apa-apa catatan palsu dalam buku-buku syarikat atau menandatangani atau mengemukakan apa-apa dokumen palsu dengan niat untuk memperdayakan mana-mana orang yang dilantik di bawah Akta ini untuk menyiasat hal ehwal dan pengurusan syarikat itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.