AKTA 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949 (DI SEMAK 1973)
LIABILITI PEGAWAI


Seksyen 24. Liabiliti diri pegawai

Jika suatu syarikat amanah memegang jawatan wasi, pentadbir atau pemegang amanah, tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh syarikat itu untuk menunaikan mana-mana kewajipan jawatan itu hendaklah, berkenaan dengan kewajipan-kewajipan yang diamanahkan kepadanya, bertanggungjawab sendiri kepada Mahkamah dan tertakluk kepada proses Mahkamah, seolah-olah dia sendiri telah dilantik memegang jawatan itu.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.