AKTA 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949 (DI SEMAK 1973)
PENYATA TAHUNAN


Seksyen 21. Penyata tahunan

(1) Tiap-tiap syarikat amanah hendaklah mengemukakan pada tiap-tiap tahun kepada Pendaftar, bersama dengan senarai anggota dan ringkasan yang diekhendaki oleh seksyen 165 Akta Syarikat 1965 [Akta 125], atau, dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di Singapura, bersama dengan kunci kira-kira yang dikehendaki oleh seksyen 336 Akta itu, suatu penyata mengenai liabiliti syarikat itu kepada orang awam atas sifatnya sebagai pemegang amanah, dan mengenai pelaburan dan pegangan syarikat itu dalam akaun amanah.

(2) Penyata itu hendaklah ditentusahkan dengan afidavit pengerusi atau naib pengerusi dan afidavit pengurus atau setiausaha syarikat itu.

(3) Tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai diperakui oleh Pendaftar sebagai suatu salinan mana-mana penyata itu atau sebagai sebahagian daripadanya hendaklah disifatkan sebagai suatu salinan penyata itu atau sebahagian daripadanya, dan hendaklah diterima sebagai keterangan seolah-olah salinan itu ialah penyata asal atau sebahagian daripadanya, melainkan jika sesuatu perbezaan antara salinan itu dengan penyata asal itu dibuktikan.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.