AKTA 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949 (DI SEMAK 1973)
KUASA MEMINJAM


Seksyen 20. Meminjam

(1) Bagi maksud mencapai tujuan syarikat itu sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 8 (atau mana-mana daripadanya yang telah diterima pakai oleh syarikat itu), dan tidak bagi maksud lain, suatu syarikat amanah boleh dari semasa ke semasa meminjam wang:

Dengan syarat bahawa agregat jumlah wang yang dipinjam itu tidak boleh pada bila-bila masa melebihi daripada amaun modal syarikat itu yang pada masa itu telah dibayar.

(2) Wang yang dipinjam oleh suatu syarikat amanah tidak boleh dicagarkan dengan debentur atau selainnya, atas modal atau perusahaan am syarikat itu, tetapi boleh dicagarkan dengan debentur atau selainnya, atas modal atau perusahaan am syarikat itu, tetapi boleh dicagarkan atas apa-apa harta syarikat itu (bukan harta yang dipegang olehnya atas mana-mana amanah), selain sekuriti yang didepositkan olehnya dengan Akauntan Negara di bawah Akta ini.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.