AKTA 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949 (DI SEMAK 1973)
PELABURAN KUMPULAN WANG SYARIKAT


Seksyen 18. Pelaburan kumpulan wang syarikat

(1) Suatu syarikat amanah boleh melaburkan wang yang menjadi sebahagian daripada modal atau rizab atau keuntungan terkumpulnya sendiri-

(2) Suatu syarikat amanah boleh memperoleh dan memegang harta tak alih untuk kegunaan dan penghunian sebenar oleh syarikat itu sendiri atau mana-mana pegawai atau pekhidmatnya, dan boleh menjual dan melupuskan harta itu.

(3) Sesuatu syarikat amanah boleh, untuk perlindungan pelaburan-pelaburannya, memperoleh tanah yang telah digadaijanji kepadanya, tetapi hendaklah menjual mana-mana tanah yang diperoleh sedemikian dalam tempoh tiga tahun selepas tanah itu diperoleh, melainkan jika tempoh itu dilanjutkan oleh Menteri Kewangan.

(4) Tiada syarikat amanah boleh secara langsung atau tidak langsung melaburkan mana-mana daripada wangnya melainkan mengikut subseksyen (1), (2) dan (3):

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menegah penerimaan oleh suatu syarikat amanah apa-apa jua sekuriti bagi menjamin pembayaran suatu hutang yang telah dilakukan dahulunya dengan suci hati; tetapi apa-apa sekuriti yang diperoleh sedemikian oleh syarikat itu yang syarikat itu adalah selainnya dilarang mengambil atau memegangnya hendaklah dijual atau dilupuskan dalam tempoh dua tahun dari masa sekuriti itu diperoleh atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Pendaftar.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.