AKTA 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949 (DI SEMAK 1973)
PELABURAN KUMPULAN WANG AMANAH


Seksyen 17. Pelaburan kumpulan wang amanah

(1) (a) Suatu syarikat amanah boleh melaburkan wang amanah yang ada dalam tangannya dalam atau atas apa-apa sekuriti yang pemegang-pemegang amanah persendirian boleh mengikut undang-undang melabur wang amanah, dan boleh dari semasa ke semasa mengubah mana-mana pelaburan itu kepada yang lain dari jenis yang sama:

Dengan syarat bahawa syarikat itu tidak boleh dalam apa-apa hal melaburkan wang mana-mana amanah dalam atau atas sekuriti-sekuriti yang dilarang oleh surat cara yang mewujudkan amanah itu, dan apabila apa-apa arahan khas diberikan dalam
mana-mana perintah, penghakiman, dekri, atau wasiat, atau dalam mana-mana surat cara lain yang mewujudkan amanah itu, tentang kelas atau jenis tertentu sekuriti atau harta yang dalamnya atau atasnya mana-mana pelaburan hendak dibuat, syarikat itu hendaklah menurut arahan itu.

(b) Syarikat itu boleh juga, menurut budi bicaranya, menyimpan dan meneruskan apa-apa pelaburan dan sekuriti-sekuriti yang menjadi miliknya atas apa-apa sifat fidusiari.

(2) Tiada syarikat amanah boleh secara langsung atau tidak langsung melaburkan apa-apa wang amanah melainkan dengan mengikut subseksyen (1).


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.