AKTA 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949 (DI SEMAK 1973)
PELABURAN KUMPULAN WANG AMANAH


Seksyen 16. Kumpulan wang amanah hendaklah disimpan berasingan

Segala wang, harta dan sekuriti yang diterima atau dipegang oleh mana-mana syarikat amanah atas sifat fidusiari hendaklah sentiasa disimpan berbeza daripada wang, harta dan sekuriti syarikat itu, dan dalam akaun yang berasingan, dan hendaklah ditandakan sedemikian rupa dalam buku-buku syarikat yang berhubungan dengan setiap amanah tertentu supaya sentiasa dibezakan daripada apa-apa yang lain dalam daftar dan buku akaun lain yang disimpan oleh syarikat itu, supaya tiada mana- mana wang amanah boleh pada bila-bila masa menjadi sebahagian daripada atau bercampur dengan aset am syarikat itu, dan segala pelaburan yang dibuat oleh syarikat itu sebagai pemegang amanah hendaklah ditanda sedemikian rupa supaya amanah yang daripadanya pelaburan itu dibuat boleh dikenal pasti dengan mudah pada bila-bila masa.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.