AKTA 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949 (DI SEMAK 1973)
PENGECUALIAN DARIPADA MEMBERIKAN JAMINAN


Seksyen 15. Syarikat amanah tidak dikehendaki memberikan jaminan

(1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan pentadbiran harta pusaka orang yang telah mati, suatu syarikat amanah yang kepadanya surat kuasa pentadbiran telah diberikan tidaklah dikehendaki memberikan jaminan untuk pentadbiran yang sewajarnya harta pusaka itu.

(2) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa, suatu syarikat amanah yang dilantik oleh Mahkamah untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan penerima, penjaga, jawatankuasa, atau apa-apa jawatan atau amanah lain tidaklah dikehendaki memberikan jaminan untuk pelaksanaan yang sewajarnya kewajipan itu.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.