AKTA 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949 (DI SEMAK 1973)
PERAMANAHAN


Seksyen 12. Perlantikan syarikat sebagai pemegang amanah

Dalam segala hal yang Mahkamah atau mana-mana orang mempunyai kuasa untuk melantik seorang pemegang amanah, sama ada sebagai pemegang amanah asal atau baru atau tambahan, untuk melaksanakan apa-apa amanah atau kewajipan di sisi undang-undang, suatu syarikat amanah boleh dilantik mengikut cara yang sama seolah-olah syarikat itu ialah individu persendirian:

Dengan syarat bahawa tiada syarikat amanah boleh dilantik dalam apa-apa hal yang surat cara yang mewujudkan amanah itu, atau kuasa yang membenarkan perlantikan itu, menegah perlantikan sesuatu syarikat.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.