AKTA 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949 (DI SEMAK 1973)
PROBET DAN PENTADBIRAN


Seksyen 11. Tatacara mengenai petisyen, dll.

(l) Dalam segala hal yang suatu syarikat amanah diberi kuasa di bawah Akta ini untuk memohon bagi mendapatkan probet atau surat kuasa pentadbiran, apa-apa petisyen, akuan, akaun atau afidavit atau dokumen perlu lain boleh dibuat atau diambil atas sumpah oleh mana-mana pegawai syarikat itu yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh syarikat itu bagi maksud itu.

(2) Mana-mana pegawai syarikat yang dilantik oleh syarikat bagi maksud itu boleh, bagi pihak syarikat, menandatangani apa-apa petisyen, akaun atau pernyataan, mengangkat apa-apa sumpah, mengangkat sumpah apa-apa affidavit, membuat apa-apa akuan, menentusahkan apa-apa perbuatan, menghadirkan diri di mana-mana Mahkamah atau tempat, dan melakukan apa-apa jua perbuatan atau perkara, yang mungkin dikehendaki untuk ditandatangani, diambil, diambil atas sumpah, dibuat, ditentusahkan, diberikan, atau dilakukan bagi pihak syarikat itu:

Dengan syarat sentiasa bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh memberi mana-mana orang, yang selainnya tidak berhak kepadanya, apa-apa hak untuk hadir atau didengar di hadapan atau dalam mana-mana Mahkamah bagi pihak syarikat atau melakukan apa-apa jua perbuatan bagi pihak syarikat yang boleh selainnya dilakukan dengan sah hanya oleh seorang peguam bela.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.