AKTA 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949 (DI SEMAK 1973)
PROBET DAN PENTADBIRAN


Seksyen 10. Syarikat boleh diberi kuasa untuk memohon bagi mendapatkan probet atau pentadbiran

(1) Jika dan bilamana mana-mana orang berhak untuk memohon bagi mendapatkan probet bagi wasiat mana-mana pewasiat tanpa kebenaran diuntukkan kepada mana-mana orang lain untuk memohon bagi mendapatkan probet, sah bagi orang itu, sama ada tidak ada di Malaysia atau ada, dan walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, sebagai ganti dirinya sendiri yang memohon untuk mendapatkan probet itu, memberi kuasa kepada suatu syarikat amanah untuk memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan pemberian pentadbiran harta pusaka pewasiat itu dengan wasiat terlampir, dan suatu pemberian boleh dibuat kepada syarikat itu atas permohonannya sendiri, apabila diberi kuasa sedemikian, tetapi seksyen ini tidak terpakai bagi sesuatu hal yang suatu wasiat memperuntukkan bahawa syarikat itu tidak boleh bertindak sebagai wasi, atau mengenai amanah wasiat itu.

(2) Jika dan bilamana mana-mana orang berhak untuk memohon bagi mendapatkan surat kuasa pentadbiran harta pusaka mana-mana pewasiat dengan wasiat pewasiat itu terlampir, sah bagi orang itu, sama ada tidak ada di Malaysia atau ada, dan walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, memberi kuasa kepada suatu syarikat amanah, sama ada bersendirian atau bersesama dengan mana-mana orang lain, untuk memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan pemberian surat kuasa pentadbiran harta pusaka pewasiat itu dengan wasiat terlampir, dan suatu pemberian boleh dibuat kepada syarikat itu atas permohonannya sendiri, apabila diberi kuasa sedemikian, tetapi seksyen ini tidak terpakai bagi sesuatu hal yang dalamnya sesuatu wasiat memperuntukkan bahawa syarikat itu tidak boleh bertindak sebagai wasi, atau mengenai amanah wasiat itu.

(3) Sah bagi mana-mana orang yang berhak untuk memohon bagi mendapatkan surat kuasa pentadbiran harta pusaka mana-mana si mati tidak berwasiat sama ada orang itu tidak ada di Malaysia atau ada, dan walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, memberi kuasa kepada suatu syarikat amanah untuk memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan surat kuasa pentadbiran itu, sama ada bersendirian atau bersesama dengan mana-mana orang lain, dan pentadbiran harta pusaka mana-mana si mati tidak berwasiat itu boleh diberikan kepada syarikat itu, sama ada bersendirian atau bersesama seperti yang disebut terdahulu, atas permohonannya sendiri, apabila diberi kuasa sedemikian.

(4) Bagi maksud mana-mana permohonan kepada Mahkamah untuk mendapatkan surat kuasa pentadbiran harta pusaka manamana orang yang telah mati, Mahkamah hendaklah menganggap suatu syarikat amanah, apabila diberi kuasa seperti yang disebut terdahulu, sebagai berhak di sisi undang-undang sama seperti mana-mana orang lain atau golongan orang lain untuk memohon dan mendapatkan suatu pemberian, tetapi suatu syarikat amanah, yang berhak sedemikian, tidak boleh oleh sebab itu sahaja diutamakan daripada duda, balu, atau waris kadim bagi mana-mana si mati tidak berwasiat.

(5) Tiada pemberian probet atau surat kuasa pentadbiran boleh diberikan kepada sindik atau penama bagi pihak suatu syarikat amanah.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.